Thursday 9 August 2012

Tajuk Sketsa : Jalur Lebar - 'Dunia Tanpa Sempadan'


Kisah teladan mengenai 4 orang pelajar yang bercadang berkelah ke air terjun. Satu kejadian paranormal berlaku apabila salah seorang dari pelajar bermulut celupar mencabar akan kawasan tersebut. Akibatnya beliau sesat lalu pengsan. Tempias dari peristiwa tersebut turut terkenaseorang rakannya yang ingin menjejaki beliau dan seterusnya ikut samatersesat. Dengan kemudahan jalur lebar, teknologi terkini dan komunikasiyang canggih lagi moden, ia dapat mempertemukan 4 pelajar tersebut semula.

SELAMAT MENONTON!!!!


Gambaran Kehidupan di Masa Depan



Tidak mustahil kita akan menggapainya suatu hari nanti..
Lihat sahaja kecanggihan teknologi maklumat pada masa sekarang..
Sama-samalah kita menantikannya...
Selamat menonton..

10 Perkembangan Teknologi Canggih Masa Depan Saat Ini


Canggihnya perkembangan teknologi dunia sekarang sehingga tidak terjangkau dibuatnya.
Jom sama-sama kita saksikan video ini..
Selamat menonton..

Bertuahnya Kita


Video ini mengisahkan tentang persefahaman kaum antara melayu,cina dan india…
Untungnya kita hidup di bumi Malaysia ini…
Bersyukurlah kita….
Sayangilah Malaysia…


Uniknya Kepelbagaian Budaya di Malaysia



1 Malaysia bersatu....
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh....
Jom sama-sam kita saksikannya...

Perkembangan teknologi dari masa ke masa



Saksikan video ini untuk kita sama-sama mengetahui tentang perkembangan teknologi yang berlaku dari semasa ke semasa.

Wednesday 8 August 2012

1 Malaysia




Lagu ni melambangkan keunikan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, suku kaum, keturunan, kefahaman agama dan kepelbagaian budaya.... (Saya harap pencipta lagu sudi membenarkan saya meminjam lagu ini untuk dikongsi dengan semua masyarakat di Malaysia -  sebab bukan utk tujuan komersial). Saya bangga dengan mesej yang disampaikan melalui lagu ini.

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) adalah sangat penting untuk semua khususnya terhadap pendidikan dan sistem pembelajaran untuk meningkatkan tahap penggunaan bahan-bahan pengatahuan di kalangan pelajar.
Terdapat beberapa implikasi perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi mengakibatkan perubahan mendadak yang memberi kesan kepada negara-negara membangun. Pertama, perkembangan infrastuktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang memberi peluang untuk mendapatkan maklumat di mana-mana dan berkongsi minat seperti berita,aktiviti kebudayaan,pengatahuan saintifik dan mempelajari cara interaktif untuk berkomunikasi melalui kemudahan yang disediakan.Dengan adanya perkongsian maklumat, pengguna dapat membuat keputusan sendiri dalam perbandingan harga dan perkhidmatan sesuatu produk yang ditawarkan. Kedua, pertambahan kesan perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan Faktor-faktor yang menghalang negara-negara kurang maju dalam pendekatan dan pendedahan teknologi berasaskan komputer di sekolah-sekolah dan pendidikan tinggi ialah faktor kos, desakan ke atas pemprosesan maklumat dan kekurangan sistem perhubungan. Peningkatan perkhidmatan pendidikan yang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk menyelia dan menyampaikan pembelajaran yang lebih menfokuskan kepada bidang sains dan teknologi.Peningkatan dalam pendidikan tinggi mendatangkan kesan baik kepada pelajar-pelajar bagi memudahkan urusan pembelajaran. Sebagai contoh, pelajar boleh dan hanya mempelajari melalui on-line. 
Antara kelebihan ICT ialah membolehkan pengguna mendapatkan maklumat dan infromasi dalam pelbagai bentuk dan bahan pembelajaran yang menghubungkan kepada sistem meklumat global dan infromasi sejagat. Seterusnya mewujudkan interaksi antara pelajar dan guru, peningkatan pasaran bagi perkhidmatan pendidikan untuk individu dan institut dalam negara sedang menbangun, tidak terhad untuk mendapatkan maklumat dan memanafaatkan sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam menghasilkan maklumat yang banyak untuk kemahiran belajar, perkembangan dalam pembelajaran, dan keutamaan pelajaran.


KESAN - KESAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI( ICT)


Zaman beralih dan musim berubah. fasa demi fasa perubahan dunia telah berlaku. Dari zaman falsafah ke zaman Renaissance, bertukar pula ke zaman industri dan zaman atom, kini sampailah pada hari ini yang disebut dengan zaman teknologi maklumat (ICT). Dalam setiap zaman yang dilalui oleh manusia telah menempuh pelbagai cabaran dan sepatutnya manusia memperoleh pelbagai inputbaharu. Daripada pelbagai sumber pengetahuan, penemuan bidang ICT telah berjaya menginjak tamadun dunia kepada situasi yang lebih kompetitif. Teknologi ICT telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu pengetahuan dan maklumat yang paling canggih. Sesungguhnya, kemajuan teknologi ini meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan sama ada implikasi yang positif atau negatif. 
Kehadiran teknologi maklumat merupakan anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi maklumat. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dengan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di surat khabar menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Begitulah kelebihan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan.
 Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan maklumat ini. Dunia hari ini heboh tentang e-niaga iaitu cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman sesawang mereka beserta alamat mel elektronik atau e-mel. Kini, istilah www.sesuatu.com.my bukan lagi satu perkara yang asing. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari peringkat glokal malah dari seluruh pelusok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di surat khabar yang mengkhabarkan seorang suri rumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui e-mel. Jadi, jelaslah bahawa perkembangan teknologi maklumat membawa kesan positif dari aspek perniagaan.
Di samping itu, kemajuan teknologi maklumat juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan teknologi maklumat secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya e-mel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat, kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi maklumat. Hal ini dapat dibuktikan ketika Bill Gates, insan terkaya di dunia melawat Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multimedianya. Oleh itu, terbuktilah bahawa pembangunan teknologi maklumat membolehkan Malaysia berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.
Dari segi sosialnya pula, pembangunan teknologi maklumat mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat dapat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan rakyat pelbagai negara dan berbilang kaum. Bukankah teknologi ini satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?
Walau bagaimanapun, pembangunan pesat teknologi maklumat tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek negatif yang boleh menggugat keamanan negara. Maka, tidak hairanlah apabila terdapat sesetengah pihak yang menggunakan teknologi ini untuk yang menyampaikan khabar yang tidak berasas dan berbaur fitnah. Di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Contohnya, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet pada suatu ketika dahulu. Khabar angin ini pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarkimungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Aspek negatif internet inilah yang sukar dibendung oleh sesiapa.
Teknologi maklumat juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya dalam kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang mendahagai pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini yang bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ingin mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat bagai belut diketil ekor dalam kalangan pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Hal ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan keadaan lagi. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif dalam kalangan remaja dan belia. Sesungguhnya, teknologi maklumat sememangnya menyebarkan unsur-unsur lucah dan meningkatkan kebajetan akhlak remaja kita.
Sebagai penutup bicara, teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Jadi, sebagai pengguna yang bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat ini. Semua pihak harus bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengambil langkah sederap untuk memastikan tiada unsur negatif yang berlaku seiring dengan ledakan teknologi berinformasi ini. Sudah menjadi tugas kita bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh. Semoga impian negara untuk melahirkan masyarakat yang maju dan berinformasi tercapai bagi memudahkan negara merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020. Sesungguhnya Saidina Ali Abi Talib pernah berkata bahawa manusia yang berdagang dengan ilmu maka ilmunya akan bertambah tetapi apabila manusia berdagang dengan harta maka hartanya semakin berkurang.


Sumber : http://abihulwa.blogspot.com/2010/11/kesan-kesan-teknologi-maklumat-ict.html


Kepelbagaian Budaya Mantapkan Perpaduan Pelbagai Kaum


LABUAN: Kepelbagaian kebudayaan di negara ini telah berjaya mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum, dan ini telah menjadi contoh kepada kebanyakan negara.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Mahal berkata persefahaman dan semangat perpaduan haruslah dikekalkan oleh semua lapisan masyarakat.

Beliau juga menyeru agar lebih banyak program kebudayaan dianjurkan bagi memupuk dan memahat nilai-nilai persefahaman tradisi dan budaya kaum lain.

“Aktiviti-Aktiviti dan program kebudayaan haruslah dipelihara dan diperbanyakkan agar semua lapisan masyarakat memahami kebudayaan dan tradisi kaum lain. Perkara ini amatlah penting bagi melahirkan generasi yang tahu akan asal-usul kaum lain dan ini seterusnya dapat mewujudkan perpaduan kaum,” katanya ketika merasmikan Malam Kebudayaan India 2009 anjuran Universiti Malaysia Sabah (KAL) Labuan pada 14hb Feb lalu.

Katanya
penglibatan mahasiswa dan mahasiswi dalam aktiviti seperti yang dianjurkan mampu memahami tanggunjawab yang perlu dipikul untuk kepentingan semua serta mengukuhkan perpaduan dan persefahaman.
“Kita yakin program seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dan integrasi pelbagai kaum,” katanya.

Menyentuh tentang program itu katanya ianya ini bukan hanya untuk berhibur tapi membawa masyarakat secara lebih dekat kepada senibudaya masyarakat India.

“Seni tarian klasik India yang wajib bagi tradisi mereka tetapi semakin kurang dikuasai oleh generasi muda masa kini, maka haruslah mengambil kesempatan ini untuk mengasah dan menonjolkan bakat-bakat mereka. Inisiatif pelajar yang mengadakan program seperti ini haruslah dicontohi” tambahnya.

Sementara itu, dalam majlis itu beliau mengumunkan sejumlah RM25,000 peruntukan akan diberikan kepada UMS Labuan tahun ini untuk lima persatuan dan program kebudayaan universiti itu.

Kepelbagaian budaya, agama - kekuatan Malaysia

Kepelbagaian budaya dan agama masyarakat berbilang kaum menjadi sumber kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

muhyiddin yasinJusteru, ia harus digunakan sebagai satu peluang untuk terus maju ke hadapan dan bukannya menjadi penghalang kepada negara untuk terus mencipta kejayaan. 

Menurut beliau, sikap saling hormat-menghormati di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama membolehkan kebudayaan setiap kaum berkembang di Malaysia yang sehingga ke hari ini diterima sebagai sebahagian daripada warisan kebudayaan negara.

"Ini menunjukkan bahawa perbezaan budaya dan agama di negara kita tidak pernah menghalang rakyatnya daripada mengecapi keamanan dan keharmonian.

"Malah, kepelbagaian budaya inilah yang merupakan kebanggaan dan kemegahan yang sering kita pamerkan kepada masyarakat dunia," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Merdeka 2011 di Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC), Brickendonbury, di London.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berada di London untuk lawatan kerja empat hari ke United Kingdom, bermula Khamis lalu. Beliau ditemani isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Turut hadir pada majlis itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Zakaria Sulong, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Datuk Dr Ong Hong Peng dan Ketua Pegawai Eksekutif TARRC Dr Kamarudin Malek dan Lord Lieutenant of Hertfordshire, Kolonel Kevin Fitzgerald.

Selain penuntut dan komuniti Malaysia di United Kingdom, sekumpulan veteran tentera British turut hadir meraikan sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-54.

NONEMengulas lanjut, beliau berkata menyedari pentingnya perpaduan di kalangan penduduk berbilang bangsa dipertahankan, kerajaan memperkenalkan pendekatan baru seperti gagasan  '1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.

Katanya ia bertujuan untuk memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat selain meningkatkan kecekapan kerajaan dalam memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat.

"Gagasan ini amat penting untuk dihayati oleh setiap rakyat Malaysia memandangkan tempoh 54 tahun negara merdeka, perpaduan di kalangan rakyat adalah ramuan utama kejayaan dalam mengekalkan kestabilan politik dan memacu kemajuan negara.

"Saya percaya perpaduan nasional akan terus menjadi faktor utama kejayaan kita untuk memacu kemajuan negara ke tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan," katanya.

Monday 6 August 2012

Double Bubble Map : Persamaan dan Perbezaan Antara Kepelbagaian Budaya dan Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Circle Map : Definisi Kepelbagaian Budaya

Bubble Map : Usaha Menangani Aspek Kepelbagaian Budaya

Flow Map : Sejarah Perkembangan TMK


Brace Map : Kesan Positif dan Negatif Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Tree Map : Peranan Pihak Berwajib Dalam Menangani Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Circle Map : Asas Penting Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat

Bubble Map : Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

THINKING MAPS

Bagi menyempurnakan tugasan kerja kursus untuk EDU 3109 ini, kami perlu mengaplikasikan perisian Thingking Maps dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran..
Di sini kami ini berkongsi apa itu Thinking Maps..Perisian ini mengandungi 8 jenis map yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran guru...
Berikut adalah power point yang berkaitan dengan Thinking maps ini